FAKTA DIET


Apa yang kita faham tentang penurunan berat badan?


Ramai yg masih lg tak faham dgn penurunan yg di maksudkan apabila kite berdiet.. Sbnrnya berat seseorg tidak blh di ukur hanya dgn jumlah kilo shj kerana berat dlm kilo seseorang terdiri drp berat tulang, berat air, berat lemak dan berat daging.. Ini adalah berbeza utk setiap individu..sbb tu ahli bina bdn mempunyai jumlah berat dlm kilo yg sgt tgi wpun bdnnya kecil kerana jisim ototnya sgt tinggi.. Jd adalah sgt penting bg seseorang yg serious ingin menurunkan brt bdn mengambil ukur lilit bdn mereka sblm melakukan sebarang diet..bkn hanya berpandukan nombor yg tertera di mesin penimbang anda..
1. Berat Air
Tahukan anda bahawa badan anda mengandungi kira-kira 60 peratus air dan selebihnya adalah otot dan beberapa tisu yang lain. Bagi seorang lelaki yang beratnya 100kg bermakna dia telah membawa sebanyak 60kg cecair dalam badannya yang majoritinya adalah darah anda.Badan anda bekerja keras untuk mengekalkan keseimbangan pengagihan air dan mengambil kira tentang pengambilan dan perkumuhan yang kita lakukan. Sistem ini berbeza bergantung kepada pelbagai faktor, seperti fasa haid, kadar pengambilan cecair dan senaman.
Sesetengah orang lebih sensitif kepada turun naik berat air daripada yang lain. Apabila anda bersenam untuk kali pertama atau cuba bentuk baru aktiviti fizikal, gentian otot boleh menjadi bengkak dan radang. kebengkakan dan keradangan ini menyebabkan ketidakseimbangan air secara sementara. Bengkak yang merangsang ini sakit akan mula dirasai selepas 12 hingga 48 jam anda bersenam. Kesakitan dan bengkakakan hilang apabila anda melakukan senaman yang sama berulang-ulangkali. Kebengkakkan ini juga meyumbang kepada peningkatan berat badan ataupun anda merasai seperti penurunan berat badan terhenti.
2. Lemak Kurang Padat Berbanding Otot
Yang mana satu lebih berat? : satu paun otot atau satu paun lemak? Ini adalah soalan trik. Sudah tentu, satu paun dengan satu paun sama beratkan! Tetapi lemak dan otot mempunyai ketumpatan yang berbeza, dan oleh itu berbeza segi jumlah. Dalam erti kata lain, lemak mengambil ruang yang lebih daripada jumlah yang sama dengan otot. Ini bermakna otot mengambil ruang 18 peratus kurang daripada lemak.Itulah sebabnya mengapa dua orang yang berat yang sama boleh kelihatan sangat berbeza, bergantung kepada berapa banyak lemak dan otot masing-masing punyai. Ini adalah juga sebabnya mengapa anda perlu menilai progres penurunan berat anda melalui kehilangan inci, longgarnya pakaian anda dan perubahan takuk lubang pada tali pinggang anda.
3. Penurunan berat Badan Itu Tidak Selalunya Dalam Garisan Lurus
Kebanyakan proses badan kita tidak selalunya berada dalam garisan lurus. Sebaliknya, badan kita akan melalui fasa cepat, lambat dan stagnant (tetap). Sebagai contoh, kanak-kanak yang berumur11 tahun tidak semuanya sama tinggi. Ada yang rendah, sederhana malah ada yang 3-4 inci lebih tinggi daripada kawan-kawan yang sebaya dengannya. Penurunan berat badan juga tidak terkecuali. Pepatah Inggeris “two steps forward, one step back” diharapkan dapat membantu anda memahami makna yang ingin saya sampaikan ini.
Tiada penurunan berat badan selepas beberapa ketika merupakan satu proses semulajadi dalam proses penurunan berat badan. Dalam kebanyakan kes ia akan kembali kepada keadaan asal semula (ketika anda mengalami penurunan yang sekata) selagi anda tetap dalam proses penurunan berat badan.
4. Menghampiri Berat idaman Anda
Semakin anda menghampiri berat idaman anda, badan anda mula untuk “mempertahankan” terhadap kehilangan berat badan selanjutnya. Jika anda tingin kehilangan 20kg daripada berat badan anda, 10 kg yang pertama akan kelihatan sangat mudah. Kg yang seterusnya biasanya akan mengambil masa yang lama, dan memerlukan disiplin yang lebih.Yang penting adalah untuk bersabar dan membolehkan diet anda memperlihatkan `sesuatu’ untuk anda.

kenapa buah di larang ambil semasa diet?



Ramai antara kita bila berdiet mesti nak gantikan makanan dengan buah-buahan. Tahukah
 anda bahawa ada sesetengah buah-buahan itu tinggi kandungan kalorinya dan juga ada
 yang tinggi juga kandungan karbokhidratnya...... Di sini saya listkan senarai buah-buahan 
serta kandungan kalori dan karbohidrat yang terdapat di dalam buah-buahan.


Rojak buah (250g)– kalori 414, carb 51g
Buah citrus (120g)-kalori 51.63, carb 11.61g

Kacang botol (200g)-kalori787.3, carb 76g

Kcang soya (170g) –kalori 279.88,carb 17g

Almond mentah (1 cup,50g) – kalori 308.3,carb 10.6g

Red chili pepper (1/4 cup,50g)-kalori 19.86,carb 3.7g

Prune (1bj,8.4g)-kalori 20,carb 5.4g

Lemon (1bj,50g)-kalori 32,carb 12g

Limau nipis (1bj) –kalori 16,carb 7g

Kismis (40g)-kalori 100,carb 26g

Black current –1/4cup,50g)-kalori 26.2,carb 7g

Red current(1/2,100g)-kalori 45.12,carb 9.7g

Buah nona (1bj) –kalori 134,carb 0g

Blueberry (1cup)-kalori 72,carb 21g

Rasberry (10bj) –kalori 6.1,carb 2.3g

Kedondong (1bj)-kalori 68, carb 22g

Gajus (1/4cup,50g)-kalori 203.8,carb 11.2g

Buah pala(1sudu)-kalori 32.14,carb 3.5g

Ciku (1bj)-kalori 145.1,carb 34g

Honeydew(1/2cup)-kalori 36.5,carb 9.2g

Strawbery (8bj)-kalori 36,carb 11g

Langsat (10bj)-kalori 28,carb 7g

Dragon fruit(1bj)-kalori 53.5,carb 9g

Buah delima (1bj) –kalori 112.24,carb 26.44g

Tembikai (1cup)-kalori 44,carb 11g

Nangka (4bj)-kalori 92.7,carb 0g

Blackbery (1cup)-kalori 37.3,carb 13.8g

Nenas (1bj)-kalori 229,carb 60g

Tomato (1bj)-kalori 19.2,carb 5g

Betik (1bj)-kalori 135.7,carb 37.3g

Jambu(1bj)-kalori 30.5,carb 10.7g

Belimbing (1bj)-kalori 32,carb 10g

Grape (30bj)-kalori 108.6,carb 27g

Longan (20bj)-kalori 64.94,carb 15.8g

Durian (1pc)- kalori 59.8,carb 13g

Rambutan(1bj)-kalori 8,carb 1.9g

Laici (8bj)-kalori 65.28,carb 16.53g

Manggis (1bj)-kalori 49.8, carb 15.6g

Mangga (1bj)-kalori 112.76,carb 28.1g

Kurma (4bj)-kalori 112,carb 31g

Oren (1bj)-kalori 41.25,carb 11.54g

Kiwi(1bj)-kalori 46.5,carb 12g

Plum (1bj)-kalori 30.2,carb 7.5g

Aprikot (1bj)-kalori 15.98,carb 3.98g

Ceri(1bj)-kalori 2.4,carb 0.7g

Pear(1bj)-kalori 97,carb 25g

Peach(1bj)-kalori 64.46,carb 16.22g

Pisang(1bj)kalori 112,carb 30g

Sukun (1cup)-kalori 211.7g,carb 0.1g

Apple (1bj)-kalori 120,carb 34g

Avocado(1/5bj)-kalori 52.5,carb 3g

jadi inilah punca kenapa anda DILARANG mngambil buah2han semasa berdiet dgn sd2..ini adalah diet protein so hnya protein je yg dibenarkn di ambil semasa prgrm diet sd2 ne.. selamat mencuba pada yg baru memulakn diet..



TEH HIJAU 


TAHUKAH ANDA TENTANG TEH HIJAU?

Perumpamaan Cina : "Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum teh hijau".
Teh Hijau berbeza dengan teh yang kita biasa minum setiap hari kerana khasiatnya yang tersendiri dan pelbagai. Antara kebaikan Teh Hijau:
#Merawat sakit kepala dan kemurungan
#Antioksidan Teh Hijau lebih berkesan berbanding vitamin C dan #25 kali lebih kuat daripada vitamin E.
#Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
#Baik untuk kuruskan badan (mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol.)

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

Membantu mengawal tekanan darah tinggi
Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

Membantu mengawal paras gula darah
Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

Membantu dalam sesetengah penyakit barah
Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

Menguatkan sistem imun
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

Menurunkan aras kolesterol
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

Menggalakkan pembakaran lemak
Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum teh hijau lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.


***TETAPI, pastikan teh hijau yang anda bancuh sendiri..bukan segera seperti dalam botol itu yer.. =)




Soalan dari pengguna SD2 :
Salam, actually dah 2 hari nak msg tapi tak berkesempatan. My hubby ada komen tentang my diet. Dia tak brapa sokong sgat dgn cara diet protien. Dia kata dulu ada seorg pengasas this diet protien. If i'm not mistaken dr edkins. But dia sendiri mati due to heart attack in a young age of 50. My hubby kata protien terlalu byak pun tak bagus bcoz its asictic n it goes into our blood. 


JAWAPAN::
Pengambilan protein membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan.
Apa kelebihan dan kebaikan protein sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.

PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
jadi.. ambillah sesuatu atau minumlah sesuatu dengan ilmu :)





No comments:

Post a Comment